Thursday, July 16, 2020

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Latihan dan bengkel diberikan kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
  • Membantu memproses bahan seperti melapik, menggunting melekat poket kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
  • Mengurus pinjaman/pulangan bahan di kaunter edaran.
  • Menjilid majalah dan surat khabar.
  • Menggunting surat khabar/majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
  • Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
  • Membaiki buku.
  • Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
  • Membantu guru pusat sumber menghasil bahan pembelajaran.
  • Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya (radio sekolah)
KECERIAAN
Pengurusan sekolah mempunyai AJK yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
a. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
b. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
c. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
d. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
e. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.

PERSEKITARAN
Pusat Sumber Sekolah ini lengkap dengan perabot dan bersesuaian sebagai PSS sekolah. Perabot-perabot yang terdapat di perpustakaan ini seperti:
  • Kerusi.
  • Meja
  • Sofa.
  • Karel.
  • Rak buku.
  • Rak bahan bukan buku.
  • Rak majalah.
  • Kaunter edaran.
  • Kabinet TV.
  • Kabinet fail.
  • Troli buku.
  • Troli perkakasan (OHP,slaid dll).
  • Papan Pameran.
  • Kipas.
  • Alat penghawa dingin.
Untuk keselamatan, terdapat beberapa alatan kecemasan yang ditempatkan di perpustakaan ini seperti:
a. Pemadam api.
b. Kit pertolongan cemas.
c. Grill tingkap.
d. Grill pintu.

Keadaan perpustakaan ini sungguh selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan. Tingkap-tingkap perpustakaan ini kadangkala dibuka untuk memberikan udara segar masuk ke dalam perpustakaan ini. Perpustakaan ini mempunyai penghawa dingin yang memberi keselesaan kepada murid-murid yang datang ke perpustakaan ini.

Selain itu, cahaya yang masuk dapat menerangi perpustakaan dan membantu murid –murid yang menjalankan aktiviti mereka. Perpustakaan ini mempunyai sebuah komputer yang ditempat di sudut perpustakaan. Komputer ini digunakan oleh guru PSS dalam menguruskan hal ehwal PSS tersebut.

Pengurusan sekolah mempunyai AJK keceriaan yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
f. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
g. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
h. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
i. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
j. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.

PERKHIDMATAN
Perkhidmatan PSS oleh guru PSS mengenai perkara-perkara berikut:
  • · Perkembangan fizikal pusat sumber.
  • · Perkembangan koleksi.
  • · Perancangan promosi dan seranta.
  • · Perancangan aktiviti.
  • · Latihan dan bengkel kemahiran.
  • · Penyimpanan rekod penggunaan alatan, bahan dan kemudahan.
  • · Penilaian pengurusan dan penggunaan PSS.
  • · Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.
KEMUDAHAN

Pusat Sumber Sekolah ini mempunyai bilik dan ruang sudut yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada guru, kakitangan dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti di PSS ini.

Bilik-bilik dan ruang sudut tersebut seperti :
  • Bahan cetak.
  • Bahan bukan cetak.
  • Membaca.
  • Mendengar.
  • Menonton.
  • Rakaman.
  • Komputer.
  • Aktiviti kumpulan.
  • Bercerita.
  • Belajar kendiri.
  • Kerja / bengkel.
  • Stor.
  • Pameran..
PROSES TEKNIK
Penerimaan Bahan

Buka bungkusan bahan yang telah dipesan dari pembekal atau kedai buku.

Tentukan bekalan bahan yang diterima berada dalam keadaan fizikal yang baik. Bagi bahan yang rosak, pulangkan segera kepada pembekal.

Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan dan invois.

Bandingkan harga invois  dengan slip pesanan adalah sama. Jika terdapat perbezaan harga, sila berhubung dengan pembekal segera dan perbetulkan harga yang sebenar.

BUKU BARU

Letakkan buku di atas meja dengan tulangnya ke bawah. Kemudian buka buku itu. Tekan dengan tangan kulit buku dan beberapa helai muka surat di sebelah, kemudian di sebelah lain pula dan seterusnya beberapa helai di sebelah menyebelah sehingga sampai ke muka surat tengah buku itu. Kemudian perhatikan jika ada di dalam buku itu muka surat atau bahagian-bahagian lain yang tidak betul atau pun tersalah cetak.

REKOD PEROLEHAN DAN CAP HAK MILIK
Ini adalah amat penting. Ia juga dikenali sebagai buku stok untuk perpustakaan sekolah kita. Setiap buku yang dibeli mestilah direkogkan ke dalam buku rekod perolehan. Buku rekod perolehan ini perlu dikemaskini pada setiap masa. Pada akhir tahun buku ini akan diperiksa oleh pihak audit dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.

No comments:

Post a Comment