Blog Archive
Wednesday, July 22, 2020
Tuesday, July 21, 2020
Thursday, July 16, 2020
BAHAN DAN PERKAKASAN YANG TERDAPAT DALAM PUSAT SUMBER
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Bagi sumber software terbahagi kepada dua iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Bahan cetak merujuk kepada bahan yang diterbitkan dalam bentuk buku, bahan khusus, dan terbitan berkala. Kebiasaannya, bahan bercetak ini boleh didapati di perpustakaan. Bahan bercetak biasanya menjadi bahan rujukan utama di mana-mana pusat sumber sekolah. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar akan merujuk sesuatu bahan ilmiah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Bahan bercetak bukan sahaja tertumpu kepada buku-buku ilmiah tetapi majalah, surat khabar dan jurnal juga merupakan bahan bercetak yang boleh didapati di pusat sumber sekolah.
Manakala, bagi sumber bahan bukan bercetak pula ialah perkakasan, perisian, carta, permainan, audio, bahan tiga segi, dan lain-lain. Bagi bahan perkakasan ini kebiasaannya boleh didapati di makmal sains, stor penyimpanan alatan sukan, bilik seni dan sebagainya. Perkakasan merujuk kepada komponen-komponen yang kebiasaannya digunakan dalam makmal ataupun bengkel. Contohnya, bagi subjek Sains, perkakasan yang biasa digunakan ialah bikar, termometer, stateskop, dan sebagainya. Manakala, bagi subjek Kemahiran hidup pula, kebanyakkan perkakasan disimpan di bengkel.
Selain itu, video dan audio pula boleh dimainkan atau dipaparkan di Bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan makmal komputer. Dalam setiap bilik darjah di sekolah terdapat “projector” yang disediakan untuk menayangkan video atau audio. Dengan adanya alatan tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mengingati sebanyak 50% apa yang mereka dengar dan lihat. Perubahan teknologi yang lebih moden dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi dan minat pelajar untuk belajar keranan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan sesuai dengan peredaran zaman.
Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang disediakan di pusat sumber secara tidak langsung dapat membantu memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat menjimatkan masa. Oleh itu, guru-guru bukan sahaja bergantung kepada bahan bercetak seperti buku ilmiah semata-mata untuk mengajar tetapi juga boleh menggunakan sumber-sumber lain yang disediakan di pusat sumber sekolah untuk mengembangkan dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar. Dengan ini, melalui bantuan sumber-sumber tersebut sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk lebih memahami subjek-subjek yang diajar kerana mereka dapat menjalankan amali di dalam kelas di mana guru mengajar sambil menunjukkan cara bagaimana mahu melakukan tugasan tersebut.
JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Latihan dan bengkel diberikan kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:
Pengurusan sekolah mempunyai AJK yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
a. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
b. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
c. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
d. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
e. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERSEKITARAN
Pusat Sumber Sekolah ini lengkap dengan perabot dan bersesuaian sebagai PSS sekolah. Perabot-perabot yang terdapat di perpustakaan ini seperti:
a. Pemadam api.
b. Kit pertolongan cemas.
c. Grill tingkap.
d. Grill pintu.
Keadaan perpustakaan ini sungguh selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan. Tingkap-tingkap perpustakaan ini kadangkala dibuka untuk memberikan udara segar masuk ke dalam perpustakaan ini. Perpustakaan ini mempunyai penghawa dingin yang memberi keselesaan kepada murid-murid yang datang ke perpustakaan ini.
Selain itu, cahaya yang masuk dapat menerangi perpustakaan dan membantu murid –murid yang menjalankan aktiviti mereka. Perpustakaan ini mempunyai sebuah komputer yang ditempat di sudut perpustakaan. Komputer ini digunakan oleh guru PSS dalam menguruskan hal ehwal PSS tersebut.
Pengurusan sekolah mempunyai AJK keceriaan yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
f. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
g. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
h. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
i. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
j. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan PSS oleh guru PSS mengenai perkara-perkara berikut:
Pusat Sumber Sekolah ini mempunyai bilik dan ruang sudut yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada guru, kakitangan dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti di PSS ini.
Bilik-bilik dan ruang sudut tersebut seperti :
Penerimaan Bahan
Buka bungkusan bahan yang telah dipesan dari pembekal atau kedai buku.
Tentukan bekalan bahan yang diterima berada dalam keadaan fizikal yang baik. Bagi bahan yang rosak, pulangkan segera kepada pembekal.
Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan dan invois.
Bandingkan harga invois dengan slip pesanan adalah sama. Jika terdapat perbezaan harga, sila berhubung dengan pembekal segera dan perbetulkan harga yang sebenar.
BUKU BARU
Letakkan buku di atas meja dengan tulangnya ke bawah. Kemudian buka buku itu. Tekan dengan tangan kulit buku dan beberapa helai muka surat di sebelah, kemudian di sebelah lain pula dan seterusnya beberapa helai di sebelah menyebelah sehingga sampai ke muka surat tengah buku itu. Kemudian perhatikan jika ada di dalam buku itu muka surat atau bahagian-bahagian lain yang tidak betul atau pun tersalah cetak.
REKOD PEROLEHAN DAN CAP HAK MILIK
Ini adalah amat penting. Ia juga dikenali sebagai buku stok untuk perpustakaan sekolah kita. Setiap buku yang dibeli mestilah direkogkan ke dalam buku rekod perolehan. Buku rekod perolehan ini perlu dikemaskini pada setiap masa. Pada akhir tahun buku ini akan diperiksa oleh pihak audit dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.
- Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
- Membantu memproses bahan seperti melapik, menggunting melekat poket kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
- Mengurus pinjaman/pulangan bahan di kaunter edaran.
- Menjilid majalah dan surat khabar.
- Menggunting surat khabar/majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
- Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
- Membaiki buku.
- Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
- Membantu guru pusat sumber menghasil bahan pembelajaran.
- Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya (radio sekolah)
Pengurusan sekolah mempunyai AJK yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
a. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
b. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
c. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
d. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
e. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERSEKITARAN
Pusat Sumber Sekolah ini lengkap dengan perabot dan bersesuaian sebagai PSS sekolah. Perabot-perabot yang terdapat di perpustakaan ini seperti:
- Kerusi.
- Meja
- Sofa.
- Karel.
- Rak buku.
- Rak bahan bukan buku.
- Rak majalah.
- Kaunter edaran.
- Kabinet TV.
- Kabinet fail.
- Troli buku.
- Troli perkakasan (OHP,slaid dll).
- Papan Pameran.
- Kipas.
- Alat penghawa dingin.
a. Pemadam api.
b. Kit pertolongan cemas.
c. Grill tingkap.
d. Grill pintu.
Keadaan perpustakaan ini sungguh selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan. Tingkap-tingkap perpustakaan ini kadangkala dibuka untuk memberikan udara segar masuk ke dalam perpustakaan ini. Perpustakaan ini mempunyai penghawa dingin yang memberi keselesaan kepada murid-murid yang datang ke perpustakaan ini.
Selain itu, cahaya yang masuk dapat menerangi perpustakaan dan membantu murid –murid yang menjalankan aktiviti mereka. Perpustakaan ini mempunyai sebuah komputer yang ditempat di sudut perpustakaan. Komputer ini digunakan oleh guru PSS dalam menguruskan hal ehwal PSS tersebut.
Pengurusan sekolah mempunyai AJK keceriaan yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
f. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
g. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
h. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
i. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
j. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan PSS oleh guru PSS mengenai perkara-perkara berikut:
- · Perkembangan fizikal pusat sumber.
- · Perkembangan koleksi.
- · Perancangan promosi dan seranta.
- · Perancangan aktiviti.
- · Latihan dan bengkel kemahiran.
- · Penyimpanan rekod penggunaan alatan, bahan dan kemudahan.
- · Penilaian pengurusan dan penggunaan PSS.
- · Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.
Pusat Sumber Sekolah ini mempunyai bilik dan ruang sudut yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada guru, kakitangan dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti di PSS ini.
Bilik-bilik dan ruang sudut tersebut seperti :
- Bahan cetak.
- Bahan bukan cetak.
- Membaca.
- Mendengar.
- Menonton.
- Rakaman.
- Komputer.
- Aktiviti kumpulan.
- Bercerita.
- Belajar kendiri.
- Kerja / bengkel.
- Stor.
- Pameran..
Penerimaan Bahan
Buka bungkusan bahan yang telah dipesan dari pembekal atau kedai buku.
Tentukan bekalan bahan yang diterima berada dalam keadaan fizikal yang baik. Bagi bahan yang rosak, pulangkan segera kepada pembekal.
Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan dan invois.
Bandingkan harga invois dengan slip pesanan adalah sama. Jika terdapat perbezaan harga, sila berhubung dengan pembekal segera dan perbetulkan harga yang sebenar.
BUKU BARU
Letakkan buku di atas meja dengan tulangnya ke bawah. Kemudian buka buku itu. Tekan dengan tangan kulit buku dan beberapa helai muka surat di sebelah, kemudian di sebelah lain pula dan seterusnya beberapa helai di sebelah menyebelah sehingga sampai ke muka surat tengah buku itu. Kemudian perhatikan jika ada di dalam buku itu muka surat atau bahagian-bahagian lain yang tidak betul atau pun tersalah cetak.
REKOD PEROLEHAN DAN CAP HAK MILIK
Ini adalah amat penting. Ia juga dikenali sebagai buku stok untuk perpustakaan sekolah kita. Setiap buku yang dibeli mestilah direkogkan ke dalam buku rekod perolehan. Buku rekod perolehan ini perlu dikemaskini pada setiap masa. Pada akhir tahun buku ini akan diperiksa oleh pihak audit dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
- Guru Besar sebagai Pengerusi.
- Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
- Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru Kanan matapelajaran, Guru-guru Kanan Persatuan/Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli -ahli Jawatankuasa.
Ini terdiri daripada :
- Guru penyelaras sebagai pengerusi.
- Pelajar yang mewakili tiap-tiap kelas sebagai ahli.
- Boleh diusahakan perlantikan mana-mana kakitangan sokongan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja-kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana-mana staf yang diperuntukkan oleh pihak pengurusan sekolah.
Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan tidak timbal balik antara satu sama lain.
- Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
- Guru Penyelaras Pusat Sumber.
- Guru Pusat Sumber (1).
- Guru Pusat Sumber (2).
- Jawatankuasa kerja pusat sumber.
- Pembantu pusat sumber.
- Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
- Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari.
- Punca kewangan :-
- Jumlah wang yang dijangka akan diperolehi.
- Alatan dan bahan yang patut diperolehi/ditambah.
- Kos bagi aktiviti yang akan dijalankan.
- Perkara-perkara lain yang berkaitan.
- Menentukan peraturan dan panduan PSS.
- Contoh :
- Untuk pelajar, perlulah ditegaskan perkara-perkara seperti :
- Masa PSS dibuka.
- Kemudahan yang disediakan.
- Pinjaman-pinjaman bahan dan tempoh pinjaman.
- Keselamatan alatan dan bahan PSS.
- Disiplin dan lain-lain.
- Bahan-bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
- Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
- Cara peminjaman dilakukan.
- Perkhidmatan khas.
Bahan buku :
Biasanya digunakan system Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu, harus ditentukan peraturan bagi :-
- Pinjaman biasa.
- Pinjaman buku-buku khas.
- Pinjaman berkelompok (bulk-loan).
Perlu ada satu system pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlu juga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan-bahan bukan buku.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
(b) Penggunaan Kemudahan - Menggalakkan pelajar dan guru menggunakanpelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka
tidak hanya bergantung kepada buku teks dankaedah tradisional sahaja.
(c) Pemupukan Tabiat Belajar - Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca danmenyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
(d) Penghasilan Bahan - Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.
(e) Perkhidmatan Pembelajaran - Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan
pelajar-pelajar.
(f) Kemahiran Maklumat - Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan pelajar.Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah dikesan. Pusat Sumber Sekolah juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila diperlukan. Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.
PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran. Sesebuah pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik. Pembentukannya adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru dan tidak seharusnya dipikul oleh guru pusat sumber sekolah sahaja. Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pusat sumber sekolah agar dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan pusat sumber sekolahnya.
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.
PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak serta memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya :
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat Sumber Sekolah menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk pengusaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Peranan ini perlu dimainkan oleh guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan memastikan ianya dijalankan dengan sebaik yang mungkin. Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) boleh dibantu oleh guru-guru yang lain bagi menjalankan peranan ini. Penubuhan ahli jawatankuasa perlu dibuat bagi membantu guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) menjalankan aktiviti yang dirancang.
Wednesday, July 15, 2020
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
PENGENALAN
Pengurusan Pembelajaran
merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi
sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi
sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.
Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran
agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru
mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal
aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang
dirancang.
DEFINISI
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)