Monday, March 30, 2020

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN

MOHD AZLAN BIN NORDIN
(D20191089958)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

(a)   Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah.

(b)  Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS).

(c)  Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dijalankan sepanjang tahun.

(d)  Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.

(e)  Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

(f)   Perkhidmatan dan koleksi Pusat Sumber Sekolah (PSS) digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.

(g)  Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

Walau bagaimapaun, guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak semata-mata hanya fokus kepada keceriaan PSS tetapi perlu juga memikirkan cara bagaimana untuk menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti di pusat sumber. Keceriaan ini merupakan satu faktor yang dapat membantu murid untuk berkungjung ke Pusat Sumber Sekolah (PSS).

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.  Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.

2.  Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.

3.  Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4.  Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

5.  Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

6.  Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

7.  Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

8.  Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

9.  Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

10.  Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.